Maxplorer 1.0 Build 5.3.2 kini tersedia untuk dimuat turun. Lihat ciri baharu →

FILE MANAGER UNTUK macOS

Lebih jelas urus fail.
Lebih cepat siap kerja.

Maxplorer ialah file manager moden untuk macOS—dengan dual-pane, carian tepat, sambungan SFTP/SSH, lokasi rangkaian dan alat profesional untuk kerja fail harian.

macOS 15.6+ • Apple Silicon & Intel • Dinotarize oleh Apple

Aplikasi Maxplorer dipaparkan pada komputer riba MacBook

Direka untuk kerja fail yang serius—lebih fokus, lebih selamat dan pantas pada perkara yang penting.

DUAL-PANESMART SEARCHSFTP / SSHRECOVERY

SATU RUANG KERJA, LEBIH BANYAK KAWALAN

Ciri semasa yang benar-benar membantu kerja anda.

Dual-pane & tab

Banding, salin dan pindahkan antara dua folder; tukar kedudukan pane serta-merta dan lihat scroll setiap pane dengan jelas.

Smart Search

Tapis ikut nama, extension, jenis fail, tarikh, saiz atau kandungan Regex.

Operasi dengan yakin

Move/copy antara pane menyegarkan kedua-dua lokasi, memilih hasil pindahan dan memberi Undo/Redo yang jelas.

SFTP / SSH

Sambung menggunakan password atau OpenSSH key, simpan fingerprint host dan urus fail remote.

Network Locations

Lihat network drive yang telah di-mount dan komputer SMB/AFP yang dikongsi dalam rangkaian tempatan.

Process Viewer

Pantau proses yang berjalan bersama penggunaan CPU dan memori tanpa meninggalkan Maxplorer.

Compare, checksum & hex

Banding kandungan fail, sahkan checksum dan semak byte dengan Hex Editor terbina dalam.

Vault & perlindungan fail

Secure Vault, penilaian fail mencurigakan dan Secure Delete pada storan yang disokong.

Feedback terbina dalam

Hantar Bug, Idea atau maklum balas umum terus dari Maxplorer dan dapatkan status penghantaran yang jelas.

TERKINI DALAM MAXPLORER

Lebih banyak kawalan, tanpa menambah serabut.

Build terkini memudahkan kerja antara pane, akses rangkaian dan maklum balas—dengan status yang jelas pada setiap langkah.

01

Dual-pane yang lebih jelas

Swap susun atur pane dengan satu klik. Setiap pane boleh scroll sendiri, dan move antara pane menyegarkan sumber serta destinasi.

02

Network Locations & Process Viewer

Cari drive ter-mount atau komputer SMB/AFP di LAN, kemudian semak proses CPU dan memori dalam app yang sama.

03

Feedback terus dalam aplikasi

Hantar Bug, Idea atau feedback umum tanpa membuka e-mel. Pengguna nampak sama ada feedback berjaya dihantar atau perlu dicuba semula.

OPERASI PENTING, DENGAN LAPISAN YAKIN

Move, delete dan arkib tanpa teka-teki.

Maxplorer menerangkan apa yang akan berlaku sebelum operasi penting dan memilih perlindungan yang sesuai untuk jenis storan serta fail anda.

  • Conflict handling: Replace, Keep Both atau Skip
  • Amaran fail mencurigakan sebelum buka atau preview
  • Archive workspace menolak path yang boleh keluar daripada arkib
Maxplorer
!

Review large folder move

This includes 3 folders, containing 1,248 items (684 MB).

DestinationProject Archive
SkipMove
Secure connection

maxplorer connect sftp://project-server

✓ Host fingerprint verified

✓ Remote edit staged safely

maxplorer transfer queue: 3 active

KAWAL FAIL TEMPATAN DAN REMOTE

SFTP/SSH terasa seperti sebahagian daripada workspace.

Akses server dengan kredensial yang disimpan secara selamat, semak fingerprint host, jalankan transfer dan urus folder remote tanpa keluar daripada Maxplorer.

  • Password atau OpenSSH key
  • Simpan profil sambungan dan fingerprint host
  • Transfer serentak serta Remote Edit berperingkat

RELEASE TERKINI

Maxplorer untuk macOS.

Muat turun release universal yang telah dinotarize oleh Apple. Kongsi maklum balas dari dalam aplikasi untuk membantu kami terus memperbaiki setiap operasi fail.

Muat turun Maxplorer

Dengan memuat turun, IP, masa, fail dan ringkasan browser direkod untuk statistik penggunaan serta mencegah penyalahgunaan. Log disimpan sehingga 90 hari. Notis privasi

SOALAN BIASA

Ringkas dan jelas.

Adakah Maxplorer percuma untuk penggunaan peribadi?

Ya. Maxplorer percuma untuk kegunaan peribadi, pembelajaran dan projek sendiri.

Mac mana yang disokong?

Maxplorer 0.2 menyokong macOS 15.6 dan ke atas, pada Apple Silicon serta Intel Mac.

Bagaimana saya beri feedback?

Buka menu Maxplorer → Send Feedback…, pilih jenis feedback dan sertakan langkah untuk ulang masalah. Anda boleh tambah e-mel secara pilihan.