← Kembali ke Maxplorer

MAXPLORER / PRIVASI

Notis privasi

Kami mengumpul maklumat minimum yang diperlukan untuk build tester, pembelian lesen Business dan mencegah penyalahgunaan.

Maklumat yang direkod

Untuk download, kami merekod alamat IP, masa, nama fail dan ringkasan browser. Untuk lesen Business, kami menyimpan nama pemegang lesen, e-mel, pelan, status bayaran, aktivasi Mac berhash dan rekod sokongan yang diperlukan. Jika anda menghantar feedback dalam aplikasi, kami menyimpan mesej, kategori dan e-mel hanya jika anda mengisinya. Versi aplikasi, versi macOS dan bahasa dihantar hanya apabila anda memilih untuk sertakan maklumat sistem.

Tujuan dan tempoh simpanan

Data download digunakan untuk statistik dan keselamatan, dan disimpan sehingga 90 hari. Rekod lesen disimpan sepanjang tempoh lesen diperlukan untuk aktivasi, sokongan, audit bayaran dan pengurusan refund.

Perkongsian data

Kami tidak menjual data untuk pemasaran. Pembayaran diproses oleh penyedia yang anda pilih—PayPal, CHIP atau Billplz—mengikut notis privasi mereka.

Pertanyaan privasi? Hubungi maxplorer.app or 012 953 1452.